Tuesday, March 24, 2009

:: 7 pErKaRa yG mEmbUaT AnDa bErMotiVaSi Di WaktU PaGii ::

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri SendiriIni juga kurang dititikberatkan.
Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna CerahWarna boleh mempengaruhi mood.
Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan KemaafanLepaskan segala yang dulu-dulu.
Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

:: mEnGaPa HaRuS bErsEdiH?? ::


Mengapa harus bersedih untuk diri sendiri?

Adakah kerana:

Cinta yg tidak berbalas?
Hasad dengki org lain?
Diri dikhianati?

Yang mana semua di atas boleh disimpulkan sbg "keinginan untuk dipenuhi".

Apakah yg kamu mahukan? Apakah kamu jangka kehidupan adalah seperti sungai mengalir menyusuri lenggok tebing2? Apakah kamu mengharap dunia ini dipenuhi oleh orang-orang yg sentiasa menghiburkan? Usahlah bermimpi. Sentiasa bersiap untuk yg kemungkinan terburuk ketika kamu sentiasa memberi yg terbaik.

Maka di sini hadir fungsi hati yg keinginannya berada diluar sempadan ruang-masa. Hati yg tidak mengharap kepada zat dunia tetapi zat yg diluar dunia. Tuhan yg kita mempercayai.

"Kepada Engkau kami sembah, dan kepada Engkau kami meminta pertolongan"

Kerana itu pembinaan hati yg bebas dari prinsip2 hidup cukup penting. Hati yg menyinari, bukan hati yg disinari. Hati yg memberi, bukan hati yg inginkan pemberian. Hati yg mencetuskan perubahan disekitarnya, bukan sebaliknya. Hati yg tidak mengharapkan untuk diulit oleh pujian manusia, hati yg tidak mampu dicacatkan oleh kebobrokan manusia.

Kerana hati kamu mampu berdiri diluar penjara dunia.

Maka senyumlah dengan kebaikan2 yg mampu kita lakukan, dan bersedihlah mengenangkan kesusahan saudara-saudara yg tidak mampu kita berikan pertolongan. Bersedihlah di depan Tuhan supaya dikuatkan akal, dijernihkan hati dan ditingkatkan keupayaan diri.

Bebaskan hati dari akal yg sentiasa berputar. Ini kerana semua masalah diciptakan oleh akal yg disalahguna. Akal yg mabuk dengan fikiran2 yg sia-sia. Prasangka-prasangka yg bebas dan nampak begitu meyakinkan, padahal ia cuma ilusi.

Sebagaimana telah subur bumi dengan hidupan yg sentiasa bertasbih kepada Allah. Hidupan yg tidak mempunyai akal yg mendesak untuk terus hidup. Bumi yg disuburkan itu kini dirosakkan oleh tangan-tangan makhluk yg berakal. Akal yg tidak mampu untuk hidup seadanya, dan tidak mampu mati seadanya.

Sahabat,

Usahlah bersedih sekiranya diri dilukai, bersedihlah jika diri tidak mampu menghalang saudara kita dilukai. Sudah tiba masa untuk kita hidup untuk orang disekitar, bukan untuk diri sendiri. Berdirilah di depan cermin dan buatlah sesuatu sebelum jasad itu bertukar menjadi karbon dioksida nanti. Hatta karbon dioksida pun berguna untuk pokok berfotosintesis.

Apa gunanya kita?

Wallahua'lam.

Thursday, March 5, 2009

:: nO iDEa.. ::

nO iDEa..
nO iDEa..
nO iDEa..

Maaf laa...aku tak dapat nak meluangkan masa tuk blog aku nie...
Masa tak mengizinkan barangkali...
Kesyaghalan...sibuk ke sane ke sini...
Ishk..ishk..ishk..
Kuliah da mule tapi macam tak mule...
Camne ekk...macam tu laa...
Haha...



Ok laa...
Actually, aku betul-betul TAKDE IDEA nk tulis pe sbenarnye...
Maaf lagi skali...
Apepun aku tinggalkan kOrang dengan satu kisah yg aku terbace tadi...
Best..best..





Saya Mahukan Wanita Solehah

“Saya mahukan wanita solehah, bu. Saya harap bu dapat carikan saya seorang wanita solehah yang akan mendampingi hidup saya, menghirup kesusahan dan kesenangan bersama saya,” bilang saya pada ibu saya satu ketika. Masing-masing mempunyai definisi tersendiri tentang wanita solehah, saya juga tidak terlepas. Seperti itu jugalah setiap orang mempunyai definisi citarasa tersendiri tentang kecantikan. Yang pasti, lelaki mahukan wanita yang solehah yang mampu menempuh kehidupan bersama dan begitulah sebaliknya. Solehah itu bukan pada nama atau rupa, tetapi hati dan budi.

Solehah itu bukannya nampak pada mata tetapi nur dan sinarnya tersimbah di wajah. Yang solehah, pasti akan ternampak pada wajahnya lambang kesolehan. Tidakkah benar pernyataan saya?. Tidak usahlah kita susah-susah dan payah-payah mencari definisi huruf demi huruf untuk menarik perhatian. S untuk Solehah. O untuk Obama. L untuk Lembut, bukannya lembu. H untuk Hembusan Kewangian. A untuk Agama dan H untuk Hantu. Usah didefinisikan sebegitu. Ia bukanlah satu perkara yang menarik pun.

Yang jelasnya, solehah ialah satu simbolik kepada seorang wanita yang mencurahkan keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya sepenuh hati. Perasaan keimanan itu menyeluruhi seluruh ruang hidupnya sehingga meletakkan ia dalam ruang ketaqwaan dan peribadatan yang hakiki. Tanda solehah itu ada beberapa antaranya:

1) Menjadikan Allah dan Rasul sebagai keutamaan. Antara petandanya ialah, mereka selera beribadat dan mereka tidak menghalang suami mereka daripada menjalankan gerak kerja dakwah meskipun menyempitkan ruang untuk bersama.

2) Mentaati suami dengan mengasihinya segenap perasaan, menasihatinya jika tersilap dengan penuh kebijaksanaan, mendokong suaminya serta sentiasa memberikan motivasi selain mengingati perkara-perkara penting dalam kehidupan suaminya seperti tarikh lahir.

3) Menjadikan gerak kerja membawa Islam sebagai resepi kejayaan rumah tangga.

4) Meletakkan nawaitu untuk melahirkan anak yang bakal menyibukkan diri dengan amal Islami. Disebabkan itulah pemimpin Palestin menyebut, “Kekuatan kami ialah rahim-rahim isteri kami”.

“Macam mana kamu nak orang solehah sedangkan kamu kerja pun tak ada. Ada ke orang nak kat kamu yang kerja takde ni?” tanya ibu, sinis sekali. Saya terpukul dan membantutkan hujjah saya buat seketika. Namun hanya seketika. Saya menerawang berfikir. Ibu seorang kakitangan kerajaan. Mungkin sejak saya dalam kandungan lagi ibu berpesan sambil mengusap perut, “Ngah, bila besar nanti, kena kerja kerajaan”. Aduh, berat sekali untuk berdepan dengan kehendak ibu yang mendesak sebegitu. “Nanti tok Qadhi tanya kerja apa, ha..nak kahwin macam mana?” Begitulah bilang ibu.

Saya mencari-cari. Mengintai-intai mana-mana muslimat yang kuat. Ada yang mahukan suami yang pandai buat roti canai. Ada yang mahu suami yang kerja tetap. Ada yang mahu menurut kehendak ibu bapa sahaja. Ada yang mahu senegeri. Ada yang mahu sebaya, tidak kurang juga yang mahukan yang lebih tua. Ada yang mahu suami yang prihatin dan mengambil berat. Ada yang mahukan keromantikan. “Ada tak yang mahu orang yang tidak bekerja dengan kerajaan macam ana?” tanya saya kepada seorang sahabat akhawat satu ketika. “Jadi, ustaz kerja apa? Takkan nak bagi dia makan pasir?” Tanya balik akhawat tersebut. Ish, banyak songeh betul. Orang tanya, bukan nak jawab. Dipukulnya pula saya dengan persoalan itu. Aduh, peritnya. “Ustazah, ana meniaga,” balas ana balik. “Ustaz meniaga apa? Miskin je nampak,” Ish, budak ni. Memang nak kena. Aku luku sekali baru tahu. Kata saya dalam hati. "Awat ustazah banyak sangat tanya ni ? Ke ustazah yang nak kat ana ?” Saya bagi buah kilas sekali. Terus dia terdiam dan, dot, dot, doooot. Fuh, malu la tu. Gerutu hati saya. Saya berniaga dengan Allah. Biarlah Allah yang membalas segala usaha saya.

Saya tidak gemar bekerja dengan manusia yang banyak protokolnya. Saya bukan semacam ibu. Malah saya berbeza dengan kakak Sarah yang rajin bekerja. Adik-adik saya sinis berkata, “Ada orang tu, dapat kerja tapi tolak, kuikui,”. Apapun, saya masih mengembara mencari wanita solehah. Yang sanggup menghirup kesusahan bersama saya, terbang mencari ampunan Illahi melalui gerak kerja Islam. Ahhh..saya mahukan wanita solehah, tolonglah! Kenapa saya mahukan wanita solehah? Kerana saya mahukan hidup saya bahagia. Saya tidak pentingkan yang romantik kerana cukuplah saya yang romantik. Saya tidak mahukan yang kaya-raya kerana saya sudah terbiasa dengan kesusahan. Saya hanya mahukan Solehah. Ops.. maaf tersilap. Bukan saya mahukan Solehah tetapi mahukan yang solehah.

“Ustaz Mi, bagaimana caranya mahu mendapatkan wanita solehah. Saya ingin menjadikannya teman berbicara tentang ilmu, teman seperibadatan, teman yang berkongsi perasaan dan permasalahan. Bagaimana caranya Ustaz Mi?” tanya saya kepada sahabat saya Azmi satu ketika. Walhal, Azmi sendiri teraba-raba mencari wanita solehah. “Enta ni Dzul. Enta nak orang solehah, tapi enta pula entah apa-apa. Macam mana enta nak orang solehah kalau macam ni?” Aduh, saya terpukul sehingga kelebam-lebaman dibuatnya.


Love is...
© SeKaDaR sEmPat =P - Template by Blogger Sablonlari - Font by Fontspace