Thursday, April 23, 2009

:: BeReHaT sEpEtAnG.. ::

Spetang bersame blog...ehe...

Alhamdulillah...
Bersyukur sbb kelas tuisyen yg saya nanti-nantikan kehadirannya akhirnya jadi gak...
Madah Qadaya Mu'asarah...klO nak de zauq lagi kite sebut " QOdOya mu'asOrOh "...
Best x?? Sape yg tak pandai sebut tu hati-hati yer...bOleh dikategOrikan sebagai PELAT...
Ihihihii...

Kelas mule pagi td kul 7.30-10.30...n sambung smula kul 1.30-2.60=) .
Walaupun ustaz Dumyat ( tak tau name ) tu ajar cam ketapi coz dalam shari kene abiskan satu kitab...namun saya tetap bersyukur coz ade org nak ajarkan...sebelum-sebelum ni pon bace sendiri...faham sendiri...ok jer...cumenyer takut la klO-klO tersalah faham...sape yg ssh?? Saya gak..=( Apepun time kasih pade ustaz yg mengajar...n dOakan supaya saya dapat mumtaz dlm madah nie...Aminnn...

Skarg ni saje merehatkn Otak dOk mngarut...merapu...melepaskan pe yg sepatutnya dlm entri nie...maaf la yer...
Ermm...petang-petang begini teringat saya waktu di Malaysia...rutin harian saya sebelum dijemput ke Al-Azhar...bley kate wajib laa...

" Andak ( name manje ) , takde pape ke ptg nie?? " Soal ayah stiap ptg...hahaha...

Aduss...ssh gak jadi pempuan nie ek...sikit-sikit nak ke dapur...sume keje rumah nak kene buat...
Wawawaa..." aku tak mintak dilahirkan bagini..." teringat pada kata-kata sahabat saya Shahrizal sewaktu di KUSZA...sape yg kenal tu diam-diam je eaa...
Untuk makluman, kerja yg paling saya suka adalah mengemas rumah...mencantikkan rumah n pape je lah yg sewaktu dgn nyerr...memandangkan ibu ada empat org putri...ibu ble la gOyang kaki...rehat...cOz putri-putrinye sume dah dibagikan tugasan masing-masing...
Angah~kemas dlm rmh+lipat bajuu...kOkde~keje dapur...yin~urusan baju(membasuh)...n saya plakkkkkk............dOk kat luar rmh...hahahaa....ape ek saya wat kat luar rmh tu????
Ade leeerrr.............nak tau lebih-lebih kene isi bOrang dulu...ehehehee...

Berbalik pada cerita ayah...
Klo petang-petang begini, swaktu di Malaysia laa...saya ada tugasan yg ble dikatakan wajib di dapur...Apedie ekk??
Sebenarnya ayah saya suke sangat makan pisang gOreng...Bile ayah dah suke makan pisang gOreng, tugas saya pulak adlh menggOreng pisang...ishk3x...muke pisang la saya kat rmh...
Tapi taklah kerap sgt dgn pisang tue...cume bagi ayah bile petang masti ada minum petang n hagah-hagah yg sepatutnyer...kami biasenyer akan menikmati makan petang bersame sambil menonton tv Or mencuci mate di luar rmh tgk kete lalu-lalang...hukhuk...waktu tu la kami nk bermanje-manje...spend mase bersame...

Hrmm...rindu la waktu-waktu tue...
Rindu nak kumpul bersame insan-insan tersayang...
Pisang gOreng pOn tak jumpe kat cni...bile wat pisang gOreng jadi lempeng gOreng plak...kesian sungguh...InsyaAllah cuti lepas exam ni saya terpakse balik ke Malaysia cOz kOkde nak kawen tahun nie...saya dipakse balik...nak taknak saya pOn memaksa diri saya tuk balik...huhh...
Coz, saya Org penting tuk mengemas rumah=( katenyer....n semestinya majlis tu takkan meriah tanpa kehadiran saya...( kenyataan ) . Tq fOr my sPonser tiket ek...jasamu kukenang...

Opsss...jam dah menunjukkan pukul 5 ptg...ade banyak tugasan lagi yg perlu saya bereskan...Bukan gOreng pisang eaa...de mase nanti kite jumpe lagi yee...

Kepada teman-teman yg sedang dan bakal menempuh imtihan...
Salam imtihan dari saya...tenangkan hati...tenangkan fikiran...jgn gelOjOh-gelOjOh jawab sOalan tue...SmOga dipermudahkan segalanya...n smOga kejayaan milik kite bersama...Aminn....
Bittaufik Wannajah...

Sunday, April 19, 2009

:: DiSeBaLik 5 JaRi ::

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan disebalik jari yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari kita. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Bukankah ia membayangkan kewajipan solat lima waktu?
Jangan diabaikan peringatan itu. Jika diabaikan seolah-olah kita kehilangan salah satu jari. Pastinya kehilangan itu menjadikan kita tidak sempurna dan banyak nikmat yang terlepas untuk dinikmati.

  • Jari Kelingking.

Bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil. Ia memberitahu kita bahawa manusia atau apa sahaja makhluk harus bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.
Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan harus bermula daripada kecil.
Saat ini ia mengingatkan kita pada usia kanak-kanak. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang melarat di masa hadapan kelak.

  • Jari Manis.

Pergi pula kepada jari kedua, jari manis namanya.
Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi apabila disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tidak terkira.
Ketika ini kita di alam remaja. Awas! Di usia ini kita sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan takwa menunjuk jalan kebenaran.
Hari itu, kita sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil kelak.

Persoalannya sekarang, adakah kita ini benar-benar bertanggungjawab? Atau sudahkah kita mengenali tanggungjawab? Atau berpura-pura tidak tahu tentang tanggungjawab? Atau memilih tidak mahu tahu langsung tentang tanggungjawab?

  • Jari Hantu.

Kemudian naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.
Zaman remaja mula ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat 30-an ini, kebanyakkan dari kita telah mempunyai personality dan status tersendiri, dengan ekonomi yang yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, kita mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak “hantu pengacau” yang dating menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi, lantas akan terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

  • Jari Telunjuk.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan keEsaan Allah s.w.t ketika bersolat.

Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru, pembimbing yang kaya dengan idea bernas dengan minda yang hebat.

  • Jari Ibu.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan menafsir pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa “cap jempol” atau cap jari.

Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Dengari nasihat mereka. Kemudian timbang-tara pendapat mereka. Sekiranya ia sejajar dengan syariat dan tidak menyimpang dari asas keimanan, maka patuhilah ia.

Nasihat mereka barangkali amat berguna. Dengan nasihat itu di belakang hari nanti, kita akan berasa bangga dan berkata “good” atau “yes” sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas. Maka itulah rahsia kejayaan kita.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda kelima-limanya. Renung dan fikirkan dalam-dalam.

“Di manakah kita?” dan “Siapakah kita?”

:: AiNuL MaRdiAh ::



Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari tsb).Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.


Kisah… … :‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (nama puteri bongsu saya - bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut… . tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi… tidur bersama-sama… .


Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia… lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah… lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia… di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu… tak pernah dilihat didunia ini… lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah… wanita itu menjawab ehh tidakk… saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.


Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai… . lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab… eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini… ainul mardiah ada di atas mahligai sana,… .. lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan… lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua… . dan tak pernah dia lihat di dunia… . lalu wanita itu berkata … akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku… . bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab… nantiii kamu belum syahid lagiiii… … tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW… tapisekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.


Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi… dalam menceritakan itu nabi menjawab benar… benar… benar… dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga… .

:: Hati SeOraNg WaNita ::

  • Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

  • Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

  • Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

  • Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

  • Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

  • Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

  • Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari,naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

  • Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

  • Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

  • Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dansatu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

Saturday, April 18, 2009

:: Nak tErbaNg JauH........ ::



Hrmmm...
Dah 4 ari saya tak kuar rumah..terperap je kat rumah tue..huhu..
Hari ni baru saya nampak dunie..
Terase seperti seekor burung yg baru saja terlepas dari sangkarnye..
Bebas..terbang..dan terus terbang..Asyik!!


Sminggu yg berlalu ni betul-betul mencabar bagi saya..huhh...
Setiap org pasti akan diuji..Begitu juga saya..Setiap ujian yg dtg saya terima dengan hati yg terbuka..kerana dengan ujian hidup ini akan menjadikan saya lebih kuat..kerana dengan ujian hidup ini akan lebih mendewasakan saya..walaupun adakalanya saya rebah di dalam langkah..saya kecewa..saya hampa..saya sedih..Tapi saya harus bangun..saya harus kuat..


Eemm..Saya sendiri lagii..membawa hati ini jauh pergi..pergi dari segalanya..melenyapkan segala kenangan..menghilangkan segala kekusutan..kabuntuan..keresahan..menghapuskan airmata..


"Ketenangan"..yup!! itu yg saya cari. Saya inginkan ketenangan..
Biarkan saya sendiri..biarkan saya bawa diri ini..Bukan maksud saya untuk menjauhi..bukan maksud saya untuk melarikan diri..bukan juga maksud saya untuk membenci..Tetapi hanya dengan cara ini dapat mengubati hati saya..
Sungguh..Kerna hanya Dia sahaja yg Maha mengetahui..Maafkan saya..







Tuesday, April 14, 2009

:: CiNtA BiSkUt... ::

Cinta biskut...
Kenapa cinta biskut??
Kenapa bukan cinta mOnyet...cinta limau...cinta babun...
Ehehe...saje je mengarut =)
Cintakn manusia, masa berada hanya sementara...
Cintakan Allah...tuk slamanya...
Itulah cinta yg sejati dan hakiki!!

Kenapa cinta biskut??
Ermmm...
Sebelum ni rOommate saya ade beli satu biskut tue...
Dan diberikan pada saya sedikit tuk saya rase...
Ternyata...biskut tu betul-betul menarik minat saya.
Tapi rasenye biase jerr...ehee...jgn mare...

KeesOkannya...
ROommate saya beli lagi biskut tu dan diberikan kepada saya lagii...
Mungkin kerana die lihat saya sukakan bentuknya...
Kerana biskut yg menawan tu, sedap tak sedap saya pun balun laa....
Abis makan kpala jadi pusing dan rase nak ter......muntah plak...

Adusss...knape ekk...
Mungkin kerana memaksa diri...
Ishk...ishk...ishk...
Apepun time kasih rOommate ku yg baik hati...

biskut Luv...eHee...


Cinta biskut...
Cinta yg rapuh seperti biskut...
Adakah ianya bOleh berkekalan??
Kejap ada...kejap takde...
Ermm...tu biskut chipsmOre laa...

Cinta biskut...
Cintamu seperti biskut...
Cintamu rapuh seperti biskut...

Cintamu rapuh seperti biskut...
Kerana tiada pendirian di dalam dirimu...barangkali...
Atau kamu tidak yakin pada cintamu sendiri...
Sehingga menjadikan cintamu rapuh seperti biskut...
Sungguh...

Aku tak mengerti...

Kutafsirkan cinta,
Cinta bukan sekadar memilih rupa,
Atau timbunan harta,
Pangkat, darjat dan bangsa...

Cinta bukan sekadar kulit,
Bagai topeng dgn wajah yg bertukar,
bagai ubat yg menjadi penawar...

Cinta adalah adunan segala,
Ada kimia yg mengindahkannya,
Bukan yg luluh di hujung kaki,
Tersadur dan tersepuh,
Goyah dan rapuh...

Cinta adalah yg luhur dari dalam hati...

Love is...
© SeKaDaR sEmPat =P - Template by Blogger Sablonlari - Font by Fontspace