Friday, December 26, 2008

Hikmah Disebalik Kesabaran

Cobaan...cobaan...cobaan...


Ape nye yg cobaan nie..Seperti yg semua maklum, di dalam kehidupan seharian kita tidak boleh tidak lari dari sebarang masalah ataupOn situasi yg mengganggu emosi kita. Kadang-kadang ianya terjadi di luar jangkaan kita. Adakalanya perkara tu terlalu kecil...tetapi disebabkan ketidakwarasan kita di dalam mengawal emOsi, dari yg sekecil-kecil zarah itu pastinya akan menjadi sebesar-besar zarah...dari seciput-ciput masalah pastinya akan menjadi sebesar-besar masalah...dan jika tidak dapat dikawal pastinya akan meletus bak gunung berapi yg sedang membara memuntahkan larva-larvanya dan pastinya sedikit sebanyak cebisan-cebisan haba itu akan terkena jua pada sekitarnya...


Seperti aku...hari semalam adalah kenangan bagiku, manakala hari ini adalah kenyataan yg mesti ku lalui. Begitulah kehidupan seharian ku, sepanjang hari-hari yg ku lalui samaada sesudah, sedang dan yg bakal menjelang pasti ada mehnahnya, suka dukanya, cabarannya, halangannya n cObaannya...


Ku cOretkan sedikit catatan untuk ku kOngsi bersama kalian...tiada kaitan antara yg hidup ataupOn yg sudah meninggal dunia..mungkin ade sdikit sebanyak tentang diri ini...dan yg selebihnya hanyalah seladar ditOkOk tambah...yg baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan.

..::..


Pagi ni aku bangun dengan penuh semangat. Memandangkan kelas seharian. Diri perlu ku persiapkn lebih awal. Kelas full!! Dari pagi sampai ke petang. Hanya beralaskan perut dengan sekeping roti bersama gibnah (keju) berjenama president. Mungkin itu sahaja makanan yg sempat ku jamah sebagai pengikat perut menanti tibanya waktu mkn di sebelah petang pula. Aku pasrah...

Lokasi:


Markaz DpMi


-12.15p.m





Selesai sOlat zuhur...Aku masih di tikar sejadah, letih...lapar pOn ada...tp diri tetap bersyukur kerana masih diberikan nikmat iman dan islam. Ya Rabb...!!

Fikiranku melayang terkenang jauh akan tragis smalam. Diantara aku dan teman. Ku akui segala yg terjadi di luar jangkaanku. Maafkan aku...ku harap ada hikmah disebalik yg berlaku, kerna bila Allah mengakatan jadi, maka jadilah ia...huhhh...aku mengeluh kecil. Maafkan aku Ya Rabb!!


-2.00p.m-

Ggrrrrrrrr.....!!! Perutku sudah pOn berbunyi. "Sabar-sabar...tgh kelas nie. Bg tumpuan, awal lagi. BelOm mase makan daa...". Pujuk hati kecil.

-4.00p.m-

Kriuuukk...krieekk...!!! Wah..tak bOleh tahan nie. Die buat hal lagi. Nasi..firOh masywie..tOkmiah..yum yum!!

" Ya Allah berilah kesabaran kepadaku di dalam menahan kelaparan yg teramat ini, kerna di sana masih ramai lagi yg lebih bernasib malang dariku ".


..::..


-4.15p.m-

HurRreYy!!! Merdeka!!! Pantas kasut kusarungkan ke kaki. Ku atur tapak sebesar langkah. Keaadan sekeliling tak ku hiraukan kerna setiap langkahku membawa harapan yg begitu sarat demi membanteras kelaparan...


" Ya Allah Ya Malizi!!, ta'all !! ta'all !! " satu suara berteriak lantang.

Aduhai...dh padat macam sardin pOn masih ade hati nk plawe aku lagi ker..??


" As-safirOh?? "


" Aiwah!! Tanpa berfikir panjang kaki ku langkah masuk ke dalam tramkO (van). Ahh!! Tak kisah lah kene bersesak-sesak pOn. Asal aku dapat sampai cepat ke destinasi. Huhhu...

" 'Ala ganbi lau samah!! " teriakku...


Wacaaaa!!!!! Satu lOmpatan yg agak menakjubkan. Agak luar biase nampaknya. Sehingga dlm tak ku sedar beberapa pasang mata terpaku memerhatikanku menerusi ruang-ruang syubbak(tingkap) dari dlm tramkO itu. Hik..hik...aku hanya tersenyum nakal ke arah mereka.

Langkah demi langkahku seterusnya bagaikan terkena tamparan angin ribut yg menderu kuat barangkali dek tiupan dari lautan maditerranian...Begitu pantas sekali.


" Huhh!! penatnye..." terasa penat mungkin ditambah dengan kilOan lemak di tubuhku yg semakin menjadi-jadi di musim sejuk begini.


Ku susuri langkah menerusi ke setiap pelusuk, ceruk, dan juga lOrOng-lOrOng...agak zahmah (sesak). Di situlah laluan harianku, dan disitu jugalah aku pasti laluan harian bagi pejalan-pejalan kaki untuk berulang alik dari As-safirOh ke MandarOh.


" Alamak!! Ape nie?? " kesilapanku yg keberapa kali agaknya...terlalu khusyuk di jalanan sampaikan terpijak najis himar pOn tak ku sedar. " Geramnye!! ".


Kuteruskan perjalanan sambil mulutku terkumat-kamit menyalahkan himar yg sentiasa membuang najis merata-rata sedangkan ia adalah seekor binatang yg tak dikurniakan akal seperti aku.


Langkah kakiku terhenti lagi bagaikan disambar sesuatu. Agak berat untuk kuteruskan langkah apabila sepasang mata memerhatikan aku, nun jauh dari satu sudut...
Faqqah (duit kecil) ku hulurkan, bukan untuk sebungkus tisu tetapi ikhlas dari sudut hatiku lantaran rasa insaf dan simpati yg membuak-buak. Bersyukur kerana aku masih gagah di sini.


Seikhlas senyuman ku lemparkan...!! Tiada apa yg kuharapkan. Sekadar termampu tuk meringankan beban.


"Allahu baarik ya benti!!" "Najahti fil imtihan!!"

"BarOkallahu fikk..insyaAllah.." balasku sekadar sempat.


Terpancar wajah penuh kesyukuran beserta sekuntum senyuman yg mekar bak mawar terukir di raut wajah tua itu...sambil bibirnya penuh dengan puji-pujian kepada Allah...terasa sebak di dadaku...sayu...


Lokasi:

Imarah JohOr Iskandariah

-4.35p.m-

Dalam tak ku sedar perjalanan yg biasanya singkat, kini memakan masa hampir 20minit lamanya. Semuanya mungkin angkara sifat ketidaksabaran aku.

"Ya Allah!! Kunci rumah tertinggal pulak...macammane nk buke pintu nie." Perut terasa semakin berkerOncOng mengikut rentaknya.


Setelah sehabis suara ku lOntarkan, agak-agak cukup untuk seimarah jOhOr itu ku dengarkan...satu panahan kunci dari atas tepat sampai ke genggamanku.

"Yess!! Dapat jugak akhirnya!! Haha..."


Kunci ku pulas dengan penuh kesabaran. Terasa sedikit lega...skali lagi langkah ku susun menyusuri anak-anak tangga menuju ke daur thani (tingkat 2). Masih terserlah keayuanku sebagai seorang bergelar perempuan.










" Ya Allah...laparnya perut nie...Dieorg masak ape agaknya harini ya??. Akulah semestinya Org yg akan menghabiskan kesemua mknn dan lauk pauk yg ada tu nanti!! Hahaha...".


Lokasi:

Syaqah 2

(my roOm)

"Assalamualaikummm....!!"


BelOm sempat kaki melangkah masuk satu suara menyapaku dari dalam.

"Mesti akak tgh lapar kan??, dukacitanya dimaklumkan gas rumah kita habis. So, dieOrg tumpang masak di syaqah atas. Lewat sikitlah nampaknya kita makan mlm nie...harap bersabar."


Huhhh!!! Bagaikan dipatah-patahkn setiap sendi tulangku, dirObek-rObek hatiku, keguguran jantungku...luluh segala harapanku sepantas kata-kata itu menusuk masuk tepat ke gegendang telingaku...

" Ya Allah..."

Itu sahaja perkataan yg termampu keluar dari bibirku...



Lokasi:

Dapur


Cukup dululah dengan segelas air susu juhainah dan sedikit makanan ringan dOritOs mengisi ruang-ruang kOsOng di perutku.

Fikiranku jauh mengelamun mengenangkan musibah demi musibah yg menimpaku kebelakangan ini.


Pang!!
"Ya Allah!!, Pecah??"

Cawan yg ku pegang sejak dari tadi pantas terlepas dari tanganku lantaran kelalaianku melayan lamunan yg singgah sebentar tadi. Sudah malang ditimpa tangga...Bagaimana pecah berderainya cawan kesayangan ku itu, begitu jualah retak dan berkecainya hatiku waktu tue...

Sedihh...Tuhan sahaja yg tahu...


Lokasi:

Atas katil

-11.45p.m-


Aku menyandar di kepala katil. Nafas ku tarik dalam-dalam...terasa sedikit segar stelah memberikan gas-gas Oksigen memasuki sekitar ruang di Otakku. Astaghfirullahal'Azim...astaghfirullahal'Azim...astaghfirullahal'Azim...


Aku tersenyum sendiri...senyuman yg membawa sjuta makna. Hanya aku sahaja yg tahu. Ku muhasabah diri saban hari dan kucOretkan sedikit ke dlm buku diariku sebagai catatan sejarah hidupku sebelum aku pergi lebih jauh ke alam fantasi...


" Ya Allah,
Begitu besarnya dugaan dan cabaran yg kau berikan kepadaku...Hari ini sahaja aku hampir melupakanMu. Melupakan kebesaranMu...

Maafkan aku Ya Allah...


Aku sedar, aku di dicampakkan di bumimu ini sebagai seOrang musafir...yg hanya singgah sebentar untuk mencari khazanah yg diamanahkan kepadaku...Diriku tiada tempat bergantung melainkan kepadaMu...

Maafkan aku Ya Allah...


Ya Allah,

Seandainya ujian ini adalah untuk mendekatkn diriku kepadamu, aku akur Ya Allah...

Kerna aku hanyalah hamba yg lemah yg sentiasa menurut segala perintahMu...

Aku pasti setiap yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya...

Maafkan aku Ya Allah..."


..::..


Ku tutup lembaran hari ini dengan penuh pengertian...Akan ku lalui hari-hari seterusnya dengan lebih keyakinan dan keimanan...Dalam tak ku sedar manik-manik jernih keguguran membasahi pipiku...Ya Rabb...Maafkan aku...












Monday, December 8, 2008

Tragiss>>8 Disember 2008

Hari ini hari yang paling bahagia dan menyedihkan dalam hidup aku.
Ermm...mesti korang nak tau kan?? Kalau korang taknak tau pOn aku nak bagitau jugak...
Aku nk korang same-same rase ape yang aku rase...haha...mangse...mangse...

Sebagaimana yg seluruh umat Islam tau, harini merupakan Hari Raya AidilAdha. Jatuh pada 10 Dzulhijjah...Bermacam-macam peristiwa yg tercOret di dalamnya...Aku tau korang sume bijak-bijak belake...sO, tak payah la aku nak cerite panjang lebar.. :)

Nak dipendekkan cerite...Al-Kisah.........
Hari Jadi aku pon jatuh n ditakdirkan pada hari nie...wawa...(jgn jeless)
Bukan per...rase mcm tahun ni penuh makne sgt. LagipOn secara kebetulan kan...

Tapiii.....yg menyedihkan aku, aku tak dapat sambut kegembiraan ni bersama keluarga yg tercinta di malaysia :( Ayah kate.." Andak, raye aji ni same kan dgn hari jadi andak...semua ucapkn selamat hari jadi dan slamat myambut hari raya AidilAdha pada andak. Ayah buat doa slamat je kat sini sebab andak tak ade...ayah dan ibu selalu ingat pada andak. Andak jaga diri baik-baik kat sane. Mudah-mudahan segala urusan berjalan dengan lancar. Belajar rajin-rajin...".

Begitulah pesan ayah dan ibu...
Terharu...sayu...pilu...
Begitu jualah perasaan aku sebagai seorang anak...
Sebagai seorang penuntut ilmu Allah...terpakse berkorban segalanya...rela berjauhan dari yg tersayang...saat alunan takbir bergema..saat itulah hati terasa sayu.. Meronta-ronta bagai menginginkn sesuatu. Alangkah bahagianya andai dapat ku tatap wajah keduanya dihapanku sekarang ini...bisik hati kecilku...Tetapi ku tahan segala resah itu. Kerna bukan aku seorang yg merasakan seperti itu. Apa kurangnya perasaan teman-temanku?? Dia juga manusia sepertiku.

Bagi menunaikn hajat yg ditambah dengan kesedihanku...akhirnya aku berjaya membuat sedikit doa slamat n m'beri makan yg tak seberape tu pada teman-teman seperjuanganku...
Alhamdulillah...segalanya udah selesai. Mungkin ianya tak seberapa n tak dipandang...tapi amat bermakna buat aku. Segala keikhlasanku di atas perhitungan Allah...

Terima kasih ayah dan ibu...
Terima kasih teman-temanku...
Kerana dikau aku masih di sini dan tersenyum..^_^







Warkah UntukMu Ya Rasulullah

sebenarnya aku tidak tahu bagaimana hendak ku luahkan perasaanku ini
kerana itulah aku memilih untuk menulis surat kepadaMu
walaupun aku tahu ia tak kan smpai kepadaMu
tapi cukuplah untuk mengubat krnduan hatiku ini

suatu ketika dahulu
aku bukanlah seperti aku yang sekarang jarang sekali menghargaiMu
apatah lagi mengingatiMu dengan penuh rasa kerinduan




namun...
aku yang sekarang cukup berbeza .
aku banyak menangis kerana-Mu Ya Rasulullah
ya Allah...aku cukup merinduiNya ...

sebak sungguh hati ini bila mendengar sirah hidup
kisah para sahabatMu
terasa seperti engkau ada bersamaku ketika itu
sama-sama mendengar kisah-kisah tersebut diceritakan
namun apabila aku menoleh
jasadmu tiada disisiku

bertambah sebak hatiku
bertambah rasa rinduku padaMu
bertambah kasih-ku padamu wahai kekasih Allah

ya Allah....
jarang sekali air mata ini mengalir suatu ketika dahulu dek perkara2 seperti ini..
jarang sekali hati ini berasa sebak kerana perkara-perkara seperti ini..
jarang skali nafsuku tewas oleh perkara-perkara seperti ini ..
jarang sekali akalku berfikir akan perkara-perkara seperti ini..
andai engkau berada dihadapanku ketika ini..
akanku peluk dan dakap diriMu...
serta menangis dalam dakapanMu...

inginku menatap wajah dan senyumanMu...
dan berjalan-jalan bersamaMu..
alangkah indahnya saat itu ....
tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata
bagaimana perasaanku ketika itu



namun aku sedar ...
aku berada di akhir zaman...
telah lama engkau tiada dan telah lama meninggalkan daku
namun
engkau ingatan dan kerinduanku kepadamu tidak akan pudar...
aku brdoa agar aku sentiasa..
memanfaatkan 2 hadiah terbesar Mu yg Engkau tinggalkan kepadaku..
semoga Al-Quran dan Sunnah menjadi penyuluh hidupku
bagi menempuhi dunia yg penuh dengan kegelapan ini..
supaya aku dapat bertemu diriMu diakhirat kelak
dalam keadaan aku tersenyum
dan engkau mmbalas senyuman itu
oh indahnya

bantulah aku...
golongkanlah aku dalam golongan yang akan menerima syafaat dariMu
kerana aku tahu...amalanku tidak mampu utk menjamin ku diakhirat kelak
krn terlalu sedikit...

alangkah beruntungnya aku
jika dapat mengecapi nikmat ini lebih awal
dari dulu lagi...tapi...
aku amat bersyukur kepada Allah rabbulalamin krn mmilih ku utk tersedar dari lamunan dunia dan tidak dihanyutkan terus sehingga tenggelam
akan ku manfaat kan sepenuhnya nikmat "kesedaran" ini
dan brusaha menjadi mukmin yg sempurna dan berjaya di dunia dan akhirat
terima kasih ya Allah

akhir kata....
semoga aku mati dalam iman yang sempurna
dan berjaya mengucap dua kalimah shahadah dengan terang dan jelas
serta ditempatkan bersama para sahabat di akhirat dan di syurga nnti
....amiiiinnn.....

salam rindu dan sayang dariku

Menawan Hati Kawan @ Lawan

Prinsip 1: Hadirkan sifat ini dan anda akan dialu-alukan dimana-mana sahaja anda pergi. Hatta ke pasar mahupun ke kuliah dan sekolah.Jadi orang yang menarik supaya orang tertarik. Menarik kadang-kadang tidak di lihat oleh rupa tapi ia terserlah oleh sikap anda. Maka jadilah yang benar-benar menarik. Dengan kata lain IKHLAS dalam bersosial.

Prinsip 2: Cara yang paling mudah dan ringkas tapi ramai yang mengabaikannya. Ia mesti di lakukan dengan penuh keikhlasan barulah masyarakat disekeliling akan senang dengan anda. Pasti ada yang tertarik. Senyum

Prinsip 3: Jika anda tidak melakukan tindakan ini maka anda akan menghadapi masalah besar dalam berkomunikasi. Apakah ia ya? Mengingati setiap nama kawan dan lawan anda. Serta sesiapa sahaja yang dijumpai.

Prinsip 4: Tindakan sebegini penting dalam mengekalkan keharmonian anda dalam berorganisasi. Jika anda seorang leader maka sikap ini sangat penting untuk anda amalkan. Jadikan pendengar yang terbaik.Jangan cepat membalas setiap apa yang anda dengar dengan negative sign.Encourage them untuk menceritakan tentang diri mereka, mungkin masalah mereka. Barulah mereka merasa dihargai.

Prinsip 5: Macamana ingin menjadikan anda diminati ramai.Sesudah itu kata-kata anda seolah-olah sangat berharga buat mereka yang mengikut anda.Bercakap interm of the other person`s interests. Ikut dan lihat apa kemahuan dan minat orang yang akan anda tawan hatinya. Bercakap atas minatnya. Bukan minat anda.

Prinsip 6: Bagimana pula ingin menjadikan diri anda disukai dalam sekejap sahaja pertemuan? Diri anda akan dihargai jka anda melakukannya.Dan kawan mahupun lawan akan menghormati anda. Lawan mungkin boleh berubah menjadi kawan. Jadikan mereka sangat penting buat anda dan mereka rasa diri mereka sangat penting buat anda. Dan lakukan dengan seikhlas hati.

Prinsip 7: Wajar dilakukan tindakan ini. Moga-moga mnjadikan kawan anda selesa bersama anda. Apakah ia? Penampilan kemas walaupun diri ini tidak secantik dan sehensem bintang-biintang filem tanah air mahupun hollywood.

Lawan juga teman.

Inilah sedikit perkongsian .Selamat mencuba dan praktikkan. Insyaallah diri anda akan dihargai,disayangi rakan mahupun lawan.

Komen penulis: Tajuk ni saya kira paling sesuai untuk saya coretkan buat kali ni. Namun begitu saya bukanlah seorang yang hebat, cuma ingin sekadar berkongsi sedikit sebanyak dari hasil pembacaan saya dari beberapa buku dan pemerhatian.

Komen editor: Menjaga hubungan sesama manusia dan menjaga hubungan dengan Allah. Hablul minannas wa hablul minnallah. InsyaAllah. Amin Ya Rabb.


Warkah ibu buat anak tersayang di kampus



Sambil membasuh pinggan di singki, fikiranku melayang-layang. Teringat kepada SMS yang ku terima dari anak lelakiku yang masih di peringkat matrikulasi UIA.


"Mak......test fizik tadi,boleh juga jawab, tapi sebab careless ada yang tersilap."

Begitulah bunyi SMS daripada Salman. Sebagai ibu, apa patut aku balas? Apa yang aku rasa tidak mungkin dapat diluahkan melalui SMS. Lalu, aku bingkiskan segera surat ini untuknya.

******

Bismillahirrahmanirrahim.

Man yang dikasihi, assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan izinNya emak dapat menulis surat ini untuk tatapan Man. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah SAW.

Apa khabar? Semoga Man berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa menghubungkan hati dengan Allah SWT dan dekat padaNya.

Man masih ada test lagi? Mak harap Man terus berusaha. Belajar di universiti tak sama dengan belajar di sekolah. Di U, ujian selalu diadakan dan peratus markah sentiasa dikumpulkan untuk dicampurkan dengan ujian semester akhir. Ini dibuat bertujuan untuk menggalakkan kita mewujudkan suasana pembelajaran yang berterusan dan mengelakkan kita dari membuang masa dan lalai. Mak tahu...memang Man akan rasa bebanan dan tuntutan belajar tu, tapi itulah hakikatnya. Kita pemuda-pemuda Muslim perlu berjuang untuk menjadi individu unggul yang cemerlang demi Allah yang jadikan kita dan deen yang kita junjung ni.

Islam sangat menuntut umatnya mencari ilmu, mendalaminya...dan mengaplikasikannya demi kesejahteraan ummah, dan demi keunggulan ummah Islam keseluruhannya. Mungkin jika kita berusaha untuk cemerlang atas dasar kepentingan diri sahaja. Kita tidak jelas dan tidak bermotivasi. Tapi sekiranya kita jelas akan hakikat tuntutan terhadap diri, maka kita akan berusaha sungguh-sungguh kerana kejayaan itu bukan untuk diri kita sahaja, tapi kejayaan kita adalah kejayaan semua. Kita perlu menunjukkan contoh yang baik demi Allah yang menjadikan kita, demi keredhaanNya, dan demi deenul Islam itu sendiri.

Man yang dikasihi, mak harap Man jelas akan matlamat ini, keredhaan Allahlah yang kita dambakan dalam apa jua tindakan kita. Mak tahu memang payah...memang susah belajar di sana... tapi itulah jihad bagi kita. Dalam hal ini, mak nak ingatkan jagalah hati dan fikiran serta tindakan kita. Utamakan solat pada waktunya. Walaupun Man sibuk kuliah,usahakan supaya dapat berjemaah di surau kampus. Jangan tinggalkan zikir Al-Mathurat setiap pagi dan sentiasa bertadabbur al-Quran.

Ingatlah ibadah yang sahih merupakan syarat untuk kejayaan kehidupan manusia, kita tak boleh meringan-ringankan soal ibadah. Hati yang sentiasa dekat dengan Allah dan sentiasa berzikir dan mengingatinya akan diberi rahmat dan keberkatanNya. Jadi apa yang kita usahakan selama ini, kita pulangkan kepada Nya untuk memberikan kepada kita natijahnya. Allah sayangkan pemuda-pemuda. Mustaffa Mahsyur menyeru pemuda-pemuda dalam 'Fiqh Dakwah' kerana mereka adalah aset yang tinggi nilainya bagi meninggikan deen ini.

Ingat tak? Seorang yang alim yang selalu sujud kepada Allah selama 500 tahun dan apabila ia mati, Allah kata kepada malaikat, masukkannya ke syurga dengan rahmatKu. Lalu orang itu melarangnya dan meminta ia dimasukkan ke syurga atas amal-amalnya. Apabila malaikat mengiranya..tak cukup untuk melayakkan ia masuk syurga kerana jika dikira nilai amal manusia dengan anugerah Allah yang beri kepada kita sangat besar. Sujud 500 tahun tidak cukup membayar nilai sepasang mata untuk melihat. Jadi orang alim itu pun menyesal dan memohon pada Allah supaya masukkan ia ke syurga dengan rahmatNya.

What I've Learnt Today??

"I've learned that no matter what happens, or how bad its seems today, life does go on, and it will be better tomorrow".

"I've learned that regardless of your relationship with your parents, you'll miss them when they're gone from your life"."I've learned that making a living is not the same thing as making a life".

"I've learned that life sometimes give u a second chance".

"I've learned that u shouldn't go through life with a catcher's mitt on both hands; u need to be able to throw some things back".

"I've learned that whenever I decide something with an open heart, I usually make the right decision".

"I've learned that even when I have pains, I don't have to be one"." I've learned that everyday u should reach out and touch someone".

"People luve a warm hug, or just a friendly pat of the back."

"I've learned that I still a lot to learn". "I've learned that people will forget what u said, but people will never forget how u made them feel".

APPRECIATE THINGS AROUND YOU...THERE'S A REASON WHY ALLAH DID THAT.^-^

Saturday, December 6, 2008

Hidup terlalu singkat untuk membenci !!!


Ah!! Terlalu sukat untuk memberi maaf...bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah orang-orang bersalah itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah!! Apakah maruah ini terlalu murah untuk disorong tarik dengan harga yang rendah?? dan cukup sakit apabila mengenangkan ' musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.


Namun itu hanya bisik 'hati besarku' ...yang melantunkan rasa ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa. maafkan...lupakan...cintai...sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri...Begitu bisik hati kecil itu selalu.


Pada sebuah persimpangan rasa...tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:

" Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nescaya engkau akan mendapati musuhmu akak menjadi seolah-olah saudara ".


Wahai diri...Api jangan dilawan dengan api...nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.


Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalamam lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga dari sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali?? Oh, tidak...Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru?? Cukup sekali!!


Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Maafkan orang lain, sama seperti maafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:

" Apa yang kita berikan akan kita terima kembali".


Ah...betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit ...sakit...Tetapi apabila dilaksanakan akak terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah...indah...dan manis. Namun apabila dilakukan pasti ada kesalahan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini tersa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzir - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana sebelum syurga yang baqa'.


Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku...yang begitu sukar memaafkan?? Tuan??

TUHAN...Aku hanya hamba. Sedangkan Dia sang pencipta itu Maha Pemaaf. Maha Pengampun. Siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam?? Ya Allah...Ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang.....aku 'terlanjur' menampung kah-Mu...

Saturday, July 26, 2008

KEMBARA MAHKOTA JOHOR

Kunjungan Tengku Mahkota Johor Disambut Meriah

Ayah bersama Datuk Sri Musa Hassan


Opss...beri laluan!!




Notis Ringkas:

Kembara Mahkota Johor 08' melabuhkan tabir ditempatku...Salah satu daripada acara yang dijalankan adalah merasmikan medan ikan bakar yang cukup terkenal. Kalau dulunya ia dikenali sebagai Medan Ikan Bakar Parit Simen. Tetapi telah bertukar nama menjadi "HENTIAN MAHKOTA."



Sunday, July 6, 2008




Ayah dan ibu(2x)


Itulah permulaan kami


Dapat melihat bulan dan matahari



Ayah dan ibu(2x)


Itulah permulaan kami


Dapat melihat bulan dan matahari



Yang dikurniakan dari Ilahi


Ayah dan ibulah mesti dihormati



Yang dikurniakan dari Ilahi


Ayah dan ibulah mesti dihormati



Ayah dan ibu wali-wali keramat


Pada mereka kita beri hormat



Pakailah tunjuk ajar dan nasihat


Supaya hidup kita akan selamat








Rahsia Hari Dalam Islam

Adapun peristiwa yang berlaku pada hari yang tujuh itu:


AHAD

a) Allah menjadikan alam.
b) Allah menjadikan bintang-bintang.
c) Allah menjadikan api neraka.
d) Allah menjadikan bumi yang tujuh.
e) Allah menjadikan lautan yang tujuh.
f) Allah menjadikan anggota manusia yang tujuh.
g) Allah menjadikan hari yang tujuh.

ISNIN

a) Nabi Idris dinaikkan Allah ke langit.
b) Nabi Musa mengunjungi Bumi Tursina.
c) Bukti ke Esaan Allah diturunkan.
d) Junjungan besar Nabi Muhammad SAW dilahirkan.
e) Wahyu pertama diturunkan pada Nabi Muhammad SAW.
f) Rasullullah wafat.

SELASA

a) Nabi Yahya dibunuh.
b) Nabi Zakaria dibunuh.
c) Tukang-tukang sihir firaun ditewaskan.
d) Asiah isteri Firaun dibunuh.
e) Lembu kaum Bani Israel dibunuh.
f) Habil dibunuh oleh Qabil.

RABU

a) Qarun hancur binasa.
b) Firaun dan tenteranya hancur binasa.
c) Raja Namrud ditewaskan nyamuk.
d) Umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakkan keras Malaikat Jibril.
e) Syadad bin Ad musnah.
f) Umat Nabi Hud dihancurkan Allah dengan taufan.

KHAMIS

a) Nabi Ibrahim memasuki kerajaan Mesir.
b) Saudara-saudara Nabi Yusuf menemuinya.
c) Bunyamin mengunjungi Nabi Yusuf di Mesir.
d) Nabi Yaakob bertemu dengan anaknya Nabi Yusuf di Mesir.
e) Nabi Musa memasuki Mesir.
f) Nabi Muhammad s.a.w memasuki Mekah.

JUMAAT

a) Nabi Adam berkahwin dengan Hawa.
b) Nabi Yusuf berkahwin Zulaikha.
c) Nabi Yusuf berkahwin dengan Siti Safurah anak Nabi Syuaib.
d) Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis.
e) Rasullullah berkahwin dengan Siti Khadijah dan juga Aisyah.
f) Ali bin Abu Talib berkahwin dengan Fatimah.

SABTU

a) Nabi Nuh diperolok oleh kaumnya.
b) Nabi salleh ditipu oleh umatnya.
c) Nabi Yusuf ditipu umatnya.
d) Nabi Musa ditindas Firaun.
e) Nabi Isa diperdayakan oleh kaum Yahudi.
f) Nabi Muhammad s.a.w menjadi pengerusi di sidang Darul Nadwah.

Monday, June 30, 2008

Andai Kau Tahu

IQRO

jika kamu tahu
maka katakanlah

jika kamu paham
maka ajarkanlah

jika kamu tidak tahu
maka bertanyalah

jika kamu enggan
maka diamlah

jika kamu diam
maka jangan mendendam

jika kamu bersalah
maka minta maaflah

jika kamu marah
maka maafkanlah

jika kamu berkata
maka jujurlah

jika kamu berbuat
maka bertanggungjawablah

jika kamu berjanji
maka tepatilah

jika kamu mengingkari
maka tebuslah

jika kamu tertimpa musibah
maka bersabarlah

jika kamu dikecewakan
maka ikhlaskanlah

jika kamu menerima sesuatu
maka sukurilah

jika kamu kehilangan sesuatu
maka relakanlah

jika kamu diberi amanah
maka sampaikanlah

jika kamu menyampaikan berita
maka cukupkanlah (tidak lebih tidak kurang)

jika ada yg tak mampu
maka tolonglah

jika ada yg sombong
maka nasehatilah

jika ada yang iri
maka doakanlah (doa baik)

jika kamu punya masalah
maka pecahkanlah

jika kamu punya musuh
makai damailah

jika kamu punya teman
maka bersilaturahmilah

jika kamu punya orang tua
maka hormati dan berbaktilah

jika kamu punya saudara
maka jagalah dan pereratlah

jika saudaramu punya aib
maka tutupilah jangan disebarkan

jika saudaramu punya kekurangan
maka bantulah menutupinya

jika saudaramu punya kelebihan
maka bergembiralah atasnya

jika kamu berlebihan
maka berbagilah

jika kamu kekurangan
maka berdoa dan berusahalah

jika kamu mencuri
maka bertobatlah

jika kamu mengerti
maka pahamilah

jika kamu mengerti
maka terapkanlah

jika kamu mengerti
maka ajarkanlah

jika kamu mengerti
maka sukurilah

jika kamu mengerti
maka berbahagialah

jika sampai disini masih tidak mengerti
maka ulangilah

Thursday, June 26, 2008

Sepii Menghantui...


Sendirian aku tak berteman...kesepian...keseorangan...huhhh....!!!


Bila kebosanan begini aku mulalah menjalankan aktiviti hobi aku yg tak seberape tue...


Melukis..!! Yup!! Melukis mmg hobi aku sejak kecil lagi...pantang bile jumpe kertas n pensel. Aku akan mula melukis ape je yg berlegar kat kotak fikiran aku ni. Seronok...lagi2 bila lukisan aku tu menjadik. Aku dapat rasekan satu kepuasan...ape org arab ckp tue...ade zauqq...


Potret...huhhu!! Teringat waktu di sekolah menengah. Potret Tunku Abdul Rahman yg aku lukis terpampang jelas kat pintu masuk kelas aku. Kelas 5 Mujtahidah. Waktu tu ade pertandingan kelas terceria tuk bln kemerdekaan. Bangga sangat. Ade gak mereka2 yg menghargai hasil tangan aku rupenyer:>


Ermm..kembali kepada kesepian aku...


Bosannya di saat2 begini...rmmte aku dh pun slamat pulang ke m'sia. Cuti kuliah kan...ni baru dinamakan cuti2 Malaysia..Aku?? Aku masih menghitung hari menyusul menanti tibanya tarikh 4 Julai 08'. NAntikan kepulanganku Malaysia...hihii...:P


Huhhh...aku sendiri lagi...sepi...tak berteman...Teman??
Owhh teman vs kawan...Bila tiada kau trasa sepinya aku. Pabila ada kau siapalah aku...


Aku insan biasa yg tak punya apa2...bnyk kekurangan...tapi aku pnya hati dan perasaaan.
Aku bukan seperti kau...Dan kau tak seperti aku...Antara kita jauh berbeza. Bagai enggang dengan pipet. Aku sedar kau hanya inginkan yg sempurna...Perfect?? Maaf..itu bukan diriku...Tapi kita tetap hambaNya. Yang entah bila esok atau lusa menanti saat2 dicabut nyawa...


Sayangnya teman...kita dicampakkan di suatu Daerah yg sama...sakan yg sama...syukbah yg sama...cuma yg membezakan aku diatas kau dibawah...Ahhh!!! Itu semua sama saja!!
Dimana kau beradu, disitu aku beradu...Kau dan Aku...Pelikkan??
Sedangkan hati kita tak pernah bersatu...Kita kerap diam membisu...
Kenape? kenape? dan kenape???? Selalu aku terfikir...Aku dah cuba yg terbaik...Mungkin aku bukan dikalangan yg terbaik...Tapi aku pasti Inilah ujian Tuhan buat hambanya.


Aku pasrah...aku akur...Andai ini ketentuanNya...Aku cuba fahami kau...aku cuba tersenyum...
Biar disebalik senyumanku hakikatnya terpalit seribu kalukaan, kesedihan, kekecewaan...
Segalanya tuk kau teman...Kerna diri kau perlu kufahami, hati kau perlu ku jaga...biarpun sukar...Demi persahabatan kita...


Driku kerap menangis...Kerna tak tertahan sebak di dada...Kau...kau tak pernah mengerti...Kau hanya tahu menghukum...yg kau tahu hanya melontarkan kata2 beserta memek muka menunjukkan ketidakpuasanmu kepadaku...Kaulah yg berkuasa...Kaulah yg benar blaka.


Sedang berfikir itu lebih baik sblm kau berkata2...Sedang bersua muka lebih baik dari kau bermasam muka...Kerana bnyak hati perlu dijaga...Sungguh!! Aku tak mengerti...


Kutadah tangan...Kupanjatkan Doa..Kerana Dia lebih mengetahui...
"Tabahkan hatiku Ya Tuhan..
Kuatkan semangatku...Aku lemah di bumiMu...terlalu besar dugaan buatku...
Ya Tuhan...Ku Mohon disatukan hati " dia " dan "aku" ...Leraikanlah segala perselisihan faham ini...maafkan segala dosa2 kami...Pupuklah rasa kasih sayang dalam hati2 kami...Semoga suatu hari nanti dia menghargaiku sebagai teman...Teman diwaktu suka dan lara...Semoga ukhwah klami tetap utuh bersatu...Itulah harapanku...Andai Kau lebih mengerti Ya Tuhan..."

Wednesday, June 11, 2008

Rinduku Di kejauhan


Pabila ku dikejauhan

Kadangkala ku kesepian

Asyik terkenang kampung halaman

Dan jua teman-teman

Dikala itu jua ku rasa agak kelemahan untuk berjuang

Melihat mereka berbahagia di samping yang tercinta kegembiraan ku kesepian

Mujur ada teman seperjuangan

Menyatakan kita harus teruskan perjuangan ini

Demi mencari keredhaan Ilahi

Masa muda dilaui hanya sekali

Pergunakan agar kau tidak kesal di esok hari

Ketenangan ada di sini

Tak jumpe kerana kau tak mencari

Kebahagiaan tersirat di hati

Tak rasa kerana kau tak menghayati...













Bersabar Atas Kehilanagn

Dalam mengharungi perjalanan hidup di dunia ini, pasti ada cabaran serta dugaan yang harus dihadapi oleh kita...Ujian kehilangan harta benda, ahli keluarga serta para sahabat merupakan antara ujian yang sangat berat untuk ditnggung, apatah lagi jika tiada sesiapa di sisi untuk sama-sama menemani kita menempuh ujian ini...

Bagi orang yang beriman, kehilanagn sesuatu yang disayangi merupakan sesuatu yang akan diberikan ganjaran yang besar, lebih-lebih lagi jika ianya disertai dengan sabar dan redha...

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 155 hingga 157 menerangkan perihal mereka ketika mana ditimpa ujian seperti ini...Kalimah" إنا لله وإنا إليه راجعون" menjadi pengubat hati mereka...Tidak hairanlah jika Allah menjanjikan meeka kepada selawat dan rahmat serta menyifatkan mereka sebagai orang yang mendapat petunjuk...

Namun ini bukanlah bererti penghujung hidup buat individu yang beriman akan kewujudan hari akhirat...Mereka yakin, jika bahagian mereka dikurangkan di dunia, mereka pasti akan dilebihkan ganjaran di akhirat kelak...Tidak seperti orang yang tidak beriman yang merasakan ianya adalah titik penamat kepada kehidupan di dunia...hati mereka akan memberontak dan membenci seluruh kehidupan mereka serta menganggapnya sebagai sia-sia...Sebagai natijahnya, kehidupan mereka akan dilalui dengan melakukan perkara-perkara yang terkutuk, dan lebih parah lagi jika diakhiri dengan perbuatan bunuh diri...

Untungnya orang yang beriamn...Sehingga Nabi pun takjub denagnperihal orang mikmin... "Aku takjub dengan perihal ornag yang beriman...Semuanya ada kebaikan...Tidak ada satu kebaikan pun kecuali ianya untuk ornag yang beriman...Apabila diberikan satu nikmat, dia akan bersyukur,Maka itu baik baginya...Apabila diuji dengan satu ujian, dia akan bersabar...Maka itu juga baik baginya..." Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Doa dan zikir...itulah pengubat hati mukmin di kala lara...Allah akan bersama orang mukmin yang sabar dan redha...Kehilanagn sesuatu yang disayangi sedikit pon tidak memberi kesan kepada iman mereka terhadap Allah...Malah kadangkala bertambah-tambah pula iman dan taqwanya...baginya harta di duni aini terlalu sedikit dan tidak bernilai jika hendak dibandingkan dengan nikmat di akhirat kelak...

Segala khazanah langit dan bumi ini milik Allah...Dia mengurniakan kepada sesiapa yang dikehendakinya dan merampas semula dari sesiapa yang dikehendakinya...Jika orang kafir di muka bumi ini pon diberi kekayaan yang melimpah ruah, apatah lagi hamba-Nya yang beriman dan bersabar atas ujian-ujian-Nya...Tidak mustahil bagi Allah untuk menggantikan kehilanagn harta kita dengan perkara yang lebih baik dan lebih besar nilainya...

Cuma yang menjadi misteri sekarang adalah bilakah waktunya...Saama ada di dunia yang bersifat sementara ini, ataupon di akhirat yang tiada penghujungnya nanti...Sebagai individu yang cerdik, pertimbangkanlah...Mana yantukah yang lebih menguntungkan...

Wahai mukmin...bersabarlah...Tenangkanlah diri...Pupuklah sifat redha di hati...SEmoga Allah beri kita kekuatan diri dan ketabaha jiwa dalam menelusuri rasa kehambaan sepanjang perjalanan hidup ini....

Love is...
© SeKaDaR sEmPat =P - Template by Blogger Sablonlari - Font by Fontspace