Friday, December 26, 2008

Hikmah Disebalik Kesabaran

Cobaan...cobaan...cobaan...


Ape nye yg cobaan nie..Seperti yg semua maklum, di dalam kehidupan seharian kita tidak boleh tidak lari dari sebarang masalah ataupOn situasi yg mengganggu emosi kita. Kadang-kadang ianya terjadi di luar jangkaan kita. Adakalanya perkara tu terlalu kecil...tetapi disebabkan ketidakwarasan kita di dalam mengawal emOsi, dari yg sekecil-kecil zarah itu pastinya akan menjadi sebesar-besar zarah...dari seciput-ciput masalah pastinya akan menjadi sebesar-besar masalah...dan jika tidak dapat dikawal pastinya akan meletus bak gunung berapi yg sedang membara memuntahkan larva-larvanya dan pastinya sedikit sebanyak cebisan-cebisan haba itu akan terkena jua pada sekitarnya...


Seperti aku...hari semalam adalah kenangan bagiku, manakala hari ini adalah kenyataan yg mesti ku lalui. Begitulah kehidupan seharian ku, sepanjang hari-hari yg ku lalui samaada sesudah, sedang dan yg bakal menjelang pasti ada mehnahnya, suka dukanya, cabarannya, halangannya n cObaannya...


Ku cOretkan sedikit catatan untuk ku kOngsi bersama kalian...tiada kaitan antara yg hidup ataupOn yg sudah meninggal dunia..mungkin ade sdikit sebanyak tentang diri ini...dan yg selebihnya hanyalah seladar ditOkOk tambah...yg baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan.

..::..


Pagi ni aku bangun dengan penuh semangat. Memandangkan kelas seharian. Diri perlu ku persiapkn lebih awal. Kelas full!! Dari pagi sampai ke petang. Hanya beralaskan perut dengan sekeping roti bersama gibnah (keju) berjenama president. Mungkin itu sahaja makanan yg sempat ku jamah sebagai pengikat perut menanti tibanya waktu mkn di sebelah petang pula. Aku pasrah...

Lokasi:


Markaz DpMi


-12.15p.m





Selesai sOlat zuhur...Aku masih di tikar sejadah, letih...lapar pOn ada...tp diri tetap bersyukur kerana masih diberikan nikmat iman dan islam. Ya Rabb...!!

Fikiranku melayang terkenang jauh akan tragis smalam. Diantara aku dan teman. Ku akui segala yg terjadi di luar jangkaanku. Maafkan aku...ku harap ada hikmah disebalik yg berlaku, kerna bila Allah mengakatan jadi, maka jadilah ia...huhhh...aku mengeluh kecil. Maafkan aku Ya Rabb!!


-2.00p.m-

Ggrrrrrrrr.....!!! Perutku sudah pOn berbunyi. "Sabar-sabar...tgh kelas nie. Bg tumpuan, awal lagi. BelOm mase makan daa...". Pujuk hati kecil.

-4.00p.m-

Kriuuukk...krieekk...!!! Wah..tak bOleh tahan nie. Die buat hal lagi. Nasi..firOh masywie..tOkmiah..yum yum!!

" Ya Allah berilah kesabaran kepadaku di dalam menahan kelaparan yg teramat ini, kerna di sana masih ramai lagi yg lebih bernasib malang dariku ".


..::..


-4.15p.m-

HurRreYy!!! Merdeka!!! Pantas kasut kusarungkan ke kaki. Ku atur tapak sebesar langkah. Keaadan sekeliling tak ku hiraukan kerna setiap langkahku membawa harapan yg begitu sarat demi membanteras kelaparan...


" Ya Allah Ya Malizi!!, ta'all !! ta'all !! " satu suara berteriak lantang.

Aduhai...dh padat macam sardin pOn masih ade hati nk plawe aku lagi ker..??


" As-safirOh?? "


" Aiwah!! Tanpa berfikir panjang kaki ku langkah masuk ke dalam tramkO (van). Ahh!! Tak kisah lah kene bersesak-sesak pOn. Asal aku dapat sampai cepat ke destinasi. Huhhu...

" 'Ala ganbi lau samah!! " teriakku...


Wacaaaa!!!!! Satu lOmpatan yg agak menakjubkan. Agak luar biase nampaknya. Sehingga dlm tak ku sedar beberapa pasang mata terpaku memerhatikanku menerusi ruang-ruang syubbak(tingkap) dari dlm tramkO itu. Hik..hik...aku hanya tersenyum nakal ke arah mereka.

Langkah demi langkahku seterusnya bagaikan terkena tamparan angin ribut yg menderu kuat barangkali dek tiupan dari lautan maditerranian...Begitu pantas sekali.


" Huhh!! penatnye..." terasa penat mungkin ditambah dengan kilOan lemak di tubuhku yg semakin menjadi-jadi di musim sejuk begini.


Ku susuri langkah menerusi ke setiap pelusuk, ceruk, dan juga lOrOng-lOrOng...agak zahmah (sesak). Di situlah laluan harianku, dan disitu jugalah aku pasti laluan harian bagi pejalan-pejalan kaki untuk berulang alik dari As-safirOh ke MandarOh.


" Alamak!! Ape nie?? " kesilapanku yg keberapa kali agaknya...terlalu khusyuk di jalanan sampaikan terpijak najis himar pOn tak ku sedar. " Geramnye!! ".


Kuteruskan perjalanan sambil mulutku terkumat-kamit menyalahkan himar yg sentiasa membuang najis merata-rata sedangkan ia adalah seekor binatang yg tak dikurniakan akal seperti aku.


Langkah kakiku terhenti lagi bagaikan disambar sesuatu. Agak berat untuk kuteruskan langkah apabila sepasang mata memerhatikan aku, nun jauh dari satu sudut...
Faqqah (duit kecil) ku hulurkan, bukan untuk sebungkus tisu tetapi ikhlas dari sudut hatiku lantaran rasa insaf dan simpati yg membuak-buak. Bersyukur kerana aku masih gagah di sini.


Seikhlas senyuman ku lemparkan...!! Tiada apa yg kuharapkan. Sekadar termampu tuk meringankan beban.


"Allahu baarik ya benti!!" "Najahti fil imtihan!!"

"BarOkallahu fikk..insyaAllah.." balasku sekadar sempat.


Terpancar wajah penuh kesyukuran beserta sekuntum senyuman yg mekar bak mawar terukir di raut wajah tua itu...sambil bibirnya penuh dengan puji-pujian kepada Allah...terasa sebak di dadaku...sayu...


Lokasi:

Imarah JohOr Iskandariah

-4.35p.m-

Dalam tak ku sedar perjalanan yg biasanya singkat, kini memakan masa hampir 20minit lamanya. Semuanya mungkin angkara sifat ketidaksabaran aku.

"Ya Allah!! Kunci rumah tertinggal pulak...macammane nk buke pintu nie." Perut terasa semakin berkerOncOng mengikut rentaknya.


Setelah sehabis suara ku lOntarkan, agak-agak cukup untuk seimarah jOhOr itu ku dengarkan...satu panahan kunci dari atas tepat sampai ke genggamanku.

"Yess!! Dapat jugak akhirnya!! Haha..."


Kunci ku pulas dengan penuh kesabaran. Terasa sedikit lega...skali lagi langkah ku susun menyusuri anak-anak tangga menuju ke daur thani (tingkat 2). Masih terserlah keayuanku sebagai seorang bergelar perempuan.










" Ya Allah...laparnya perut nie...Dieorg masak ape agaknya harini ya??. Akulah semestinya Org yg akan menghabiskan kesemua mknn dan lauk pauk yg ada tu nanti!! Hahaha...".


Lokasi:

Syaqah 2

(my roOm)

"Assalamualaikummm....!!"


BelOm sempat kaki melangkah masuk satu suara menyapaku dari dalam.

"Mesti akak tgh lapar kan??, dukacitanya dimaklumkan gas rumah kita habis. So, dieOrg tumpang masak di syaqah atas. Lewat sikitlah nampaknya kita makan mlm nie...harap bersabar."


Huhhh!!! Bagaikan dipatah-patahkn setiap sendi tulangku, dirObek-rObek hatiku, keguguran jantungku...luluh segala harapanku sepantas kata-kata itu menusuk masuk tepat ke gegendang telingaku...

" Ya Allah..."

Itu sahaja perkataan yg termampu keluar dari bibirku...



Lokasi:

Dapur


Cukup dululah dengan segelas air susu juhainah dan sedikit makanan ringan dOritOs mengisi ruang-ruang kOsOng di perutku.

Fikiranku jauh mengelamun mengenangkan musibah demi musibah yg menimpaku kebelakangan ini.


Pang!!
"Ya Allah!!, Pecah??"

Cawan yg ku pegang sejak dari tadi pantas terlepas dari tanganku lantaran kelalaianku melayan lamunan yg singgah sebentar tadi. Sudah malang ditimpa tangga...Bagaimana pecah berderainya cawan kesayangan ku itu, begitu jualah retak dan berkecainya hatiku waktu tue...

Sedihh...Tuhan sahaja yg tahu...


Lokasi:

Atas katil

-11.45p.m-


Aku menyandar di kepala katil. Nafas ku tarik dalam-dalam...terasa sedikit segar stelah memberikan gas-gas Oksigen memasuki sekitar ruang di Otakku. Astaghfirullahal'Azim...astaghfirullahal'Azim...astaghfirullahal'Azim...


Aku tersenyum sendiri...senyuman yg membawa sjuta makna. Hanya aku sahaja yg tahu. Ku muhasabah diri saban hari dan kucOretkan sedikit ke dlm buku diariku sebagai catatan sejarah hidupku sebelum aku pergi lebih jauh ke alam fantasi...


" Ya Allah,
Begitu besarnya dugaan dan cabaran yg kau berikan kepadaku...Hari ini sahaja aku hampir melupakanMu. Melupakan kebesaranMu...

Maafkan aku Ya Allah...


Aku sedar, aku di dicampakkan di bumimu ini sebagai seOrang musafir...yg hanya singgah sebentar untuk mencari khazanah yg diamanahkan kepadaku...Diriku tiada tempat bergantung melainkan kepadaMu...

Maafkan aku Ya Allah...


Ya Allah,

Seandainya ujian ini adalah untuk mendekatkn diriku kepadamu, aku akur Ya Allah...

Kerna aku hanyalah hamba yg lemah yg sentiasa menurut segala perintahMu...

Aku pasti setiap yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya...

Maafkan aku Ya Allah..."


..::..


Ku tutup lembaran hari ini dengan penuh pengertian...Akan ku lalui hari-hari seterusnya dengan lebih keyakinan dan keimanan...Dalam tak ku sedar manik-manik jernih keguguran membasahi pipiku...Ya Rabb...Maafkan aku...












Monday, December 8, 2008

Tragiss>>8 Disember 2008

Hari ini hari yang paling bahagia dan menyedihkan dalam hidup aku.
Ermm...mesti korang nak tau kan?? Kalau korang taknak tau pOn aku nak bagitau jugak...
Aku nk korang same-same rase ape yang aku rase...haha...mangse...mangse...

Sebagaimana yg seluruh umat Islam tau, harini merupakan Hari Raya AidilAdha. Jatuh pada 10 Dzulhijjah...Bermacam-macam peristiwa yg tercOret di dalamnya...Aku tau korang sume bijak-bijak belake...sO, tak payah la aku nak cerite panjang lebar.. :)

Nak dipendekkan cerite...Al-Kisah.........
Hari Jadi aku pon jatuh n ditakdirkan pada hari nie...wawa...(jgn jeless)
Bukan per...rase mcm tahun ni penuh makne sgt. LagipOn secara kebetulan kan...

Tapiii.....yg menyedihkan aku, aku tak dapat sambut kegembiraan ni bersama keluarga yg tercinta di malaysia :( Ayah kate.." Andak, raye aji ni same kan dgn hari jadi andak...semua ucapkn selamat hari jadi dan slamat myambut hari raya AidilAdha pada andak. Ayah buat doa slamat je kat sini sebab andak tak ade...ayah dan ibu selalu ingat pada andak. Andak jaga diri baik-baik kat sane. Mudah-mudahan segala urusan berjalan dengan lancar. Belajar rajin-rajin...".

Begitulah pesan ayah dan ibu...
Terharu...sayu...pilu...
Begitu jualah perasaan aku sebagai seorang anak...
Sebagai seorang penuntut ilmu Allah...terpakse berkorban segalanya...rela berjauhan dari yg tersayang...saat alunan takbir bergema..saat itulah hati terasa sayu.. Meronta-ronta bagai menginginkn sesuatu. Alangkah bahagianya andai dapat ku tatap wajah keduanya dihapanku sekarang ini...bisik hati kecilku...Tetapi ku tahan segala resah itu. Kerna bukan aku seorang yg merasakan seperti itu. Apa kurangnya perasaan teman-temanku?? Dia juga manusia sepertiku.

Bagi menunaikn hajat yg ditambah dengan kesedihanku...akhirnya aku berjaya membuat sedikit doa slamat n m'beri makan yg tak seberape tu pada teman-teman seperjuanganku...
Alhamdulillah...segalanya udah selesai. Mungkin ianya tak seberapa n tak dipandang...tapi amat bermakna buat aku. Segala keikhlasanku di atas perhitungan Allah...

Terima kasih ayah dan ibu...
Terima kasih teman-temanku...
Kerana dikau aku masih di sini dan tersenyum..^_^







Warkah UntukMu Ya Rasulullah

sebenarnya aku tidak tahu bagaimana hendak ku luahkan perasaanku ini
kerana itulah aku memilih untuk menulis surat kepadaMu
walaupun aku tahu ia tak kan smpai kepadaMu
tapi cukuplah untuk mengubat krnduan hatiku ini

suatu ketika dahulu
aku bukanlah seperti aku yang sekarang jarang sekali menghargaiMu
apatah lagi mengingatiMu dengan penuh rasa kerinduan




namun...
aku yang sekarang cukup berbeza .
aku banyak menangis kerana-Mu Ya Rasulullah
ya Allah...aku cukup merinduiNya ...

sebak sungguh hati ini bila mendengar sirah hidup
kisah para sahabatMu
terasa seperti engkau ada bersamaku ketika itu
sama-sama mendengar kisah-kisah tersebut diceritakan
namun apabila aku menoleh
jasadmu tiada disisiku

bertambah sebak hatiku
bertambah rasa rinduku padaMu
bertambah kasih-ku padamu wahai kekasih Allah

ya Allah....
jarang sekali air mata ini mengalir suatu ketika dahulu dek perkara2 seperti ini..
jarang sekali hati ini berasa sebak kerana perkara-perkara seperti ini..
jarang skali nafsuku tewas oleh perkara-perkara seperti ini ..
jarang sekali akalku berfikir akan perkara-perkara seperti ini..
andai engkau berada dihadapanku ketika ini..
akanku peluk dan dakap diriMu...
serta menangis dalam dakapanMu...

inginku menatap wajah dan senyumanMu...
dan berjalan-jalan bersamaMu..
alangkah indahnya saat itu ....
tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata
bagaimana perasaanku ketika itu



namun aku sedar ...
aku berada di akhir zaman...
telah lama engkau tiada dan telah lama meninggalkan daku
namun
engkau ingatan dan kerinduanku kepadamu tidak akan pudar...
aku brdoa agar aku sentiasa..
memanfaatkan 2 hadiah terbesar Mu yg Engkau tinggalkan kepadaku..
semoga Al-Quran dan Sunnah menjadi penyuluh hidupku
bagi menempuhi dunia yg penuh dengan kegelapan ini..
supaya aku dapat bertemu diriMu diakhirat kelak
dalam keadaan aku tersenyum
dan engkau mmbalas senyuman itu
oh indahnya

bantulah aku...
golongkanlah aku dalam golongan yang akan menerima syafaat dariMu
kerana aku tahu...amalanku tidak mampu utk menjamin ku diakhirat kelak
krn terlalu sedikit...

alangkah beruntungnya aku
jika dapat mengecapi nikmat ini lebih awal
dari dulu lagi...tapi...
aku amat bersyukur kepada Allah rabbulalamin krn mmilih ku utk tersedar dari lamunan dunia dan tidak dihanyutkan terus sehingga tenggelam
akan ku manfaat kan sepenuhnya nikmat "kesedaran" ini
dan brusaha menjadi mukmin yg sempurna dan berjaya di dunia dan akhirat
terima kasih ya Allah

akhir kata....
semoga aku mati dalam iman yang sempurna
dan berjaya mengucap dua kalimah shahadah dengan terang dan jelas
serta ditempatkan bersama para sahabat di akhirat dan di syurga nnti
....amiiiinnn.....

salam rindu dan sayang dariku

Menawan Hati Kawan @ Lawan

Prinsip 1: Hadirkan sifat ini dan anda akan dialu-alukan dimana-mana sahaja anda pergi. Hatta ke pasar mahupun ke kuliah dan sekolah.Jadi orang yang menarik supaya orang tertarik. Menarik kadang-kadang tidak di lihat oleh rupa tapi ia terserlah oleh sikap anda. Maka jadilah yang benar-benar menarik. Dengan kata lain IKHLAS dalam bersosial.

Prinsip 2: Cara yang paling mudah dan ringkas tapi ramai yang mengabaikannya. Ia mesti di lakukan dengan penuh keikhlasan barulah masyarakat disekeliling akan senang dengan anda. Pasti ada yang tertarik. Senyum

Prinsip 3: Jika anda tidak melakukan tindakan ini maka anda akan menghadapi masalah besar dalam berkomunikasi. Apakah ia ya? Mengingati setiap nama kawan dan lawan anda. Serta sesiapa sahaja yang dijumpai.

Prinsip 4: Tindakan sebegini penting dalam mengekalkan keharmonian anda dalam berorganisasi. Jika anda seorang leader maka sikap ini sangat penting untuk anda amalkan. Jadikan pendengar yang terbaik.Jangan cepat membalas setiap apa yang anda dengar dengan negative sign.Encourage them untuk menceritakan tentang diri mereka, mungkin masalah mereka. Barulah mereka merasa dihargai.

Prinsip 5: Macamana ingin menjadikan anda diminati ramai.Sesudah itu kata-kata anda seolah-olah sangat berharga buat mereka yang mengikut anda.Bercakap interm of the other person`s interests. Ikut dan lihat apa kemahuan dan minat orang yang akan anda tawan hatinya. Bercakap atas minatnya. Bukan minat anda.

Prinsip 6: Bagimana pula ingin menjadikan diri anda disukai dalam sekejap sahaja pertemuan? Diri anda akan dihargai jka anda melakukannya.Dan kawan mahupun lawan akan menghormati anda. Lawan mungkin boleh berubah menjadi kawan. Jadikan mereka sangat penting buat anda dan mereka rasa diri mereka sangat penting buat anda. Dan lakukan dengan seikhlas hati.

Prinsip 7: Wajar dilakukan tindakan ini. Moga-moga mnjadikan kawan anda selesa bersama anda. Apakah ia? Penampilan kemas walaupun diri ini tidak secantik dan sehensem bintang-biintang filem tanah air mahupun hollywood.

Lawan juga teman.

Inilah sedikit perkongsian .Selamat mencuba dan praktikkan. Insyaallah diri anda akan dihargai,disayangi rakan mahupun lawan.

Komen penulis: Tajuk ni saya kira paling sesuai untuk saya coretkan buat kali ni. Namun begitu saya bukanlah seorang yang hebat, cuma ingin sekadar berkongsi sedikit sebanyak dari hasil pembacaan saya dari beberapa buku dan pemerhatian.

Komen editor: Menjaga hubungan sesama manusia dan menjaga hubungan dengan Allah. Hablul minannas wa hablul minnallah. InsyaAllah. Amin Ya Rabb.


Warkah ibu buat anak tersayang di kampus



Sambil membasuh pinggan di singki, fikiranku melayang-layang. Teringat kepada SMS yang ku terima dari anak lelakiku yang masih di peringkat matrikulasi UIA.


"Mak......test fizik tadi,boleh juga jawab, tapi sebab careless ada yang tersilap."

Begitulah bunyi SMS daripada Salman. Sebagai ibu, apa patut aku balas? Apa yang aku rasa tidak mungkin dapat diluahkan melalui SMS. Lalu, aku bingkiskan segera surat ini untuknya.

******

Bismillahirrahmanirrahim.

Man yang dikasihi, assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan izinNya emak dapat menulis surat ini untuk tatapan Man. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah SAW.

Apa khabar? Semoga Man berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa menghubungkan hati dengan Allah SWT dan dekat padaNya.

Man masih ada test lagi? Mak harap Man terus berusaha. Belajar di universiti tak sama dengan belajar di sekolah. Di U, ujian selalu diadakan dan peratus markah sentiasa dikumpulkan untuk dicampurkan dengan ujian semester akhir. Ini dibuat bertujuan untuk menggalakkan kita mewujudkan suasana pembelajaran yang berterusan dan mengelakkan kita dari membuang masa dan lalai. Mak tahu...memang Man akan rasa bebanan dan tuntutan belajar tu, tapi itulah hakikatnya. Kita pemuda-pemuda Muslim perlu berjuang untuk menjadi individu unggul yang cemerlang demi Allah yang jadikan kita dan deen yang kita junjung ni.

Islam sangat menuntut umatnya mencari ilmu, mendalaminya...dan mengaplikasikannya demi kesejahteraan ummah, dan demi keunggulan ummah Islam keseluruhannya. Mungkin jika kita berusaha untuk cemerlang atas dasar kepentingan diri sahaja. Kita tidak jelas dan tidak bermotivasi. Tapi sekiranya kita jelas akan hakikat tuntutan terhadap diri, maka kita akan berusaha sungguh-sungguh kerana kejayaan itu bukan untuk diri kita sahaja, tapi kejayaan kita adalah kejayaan semua. Kita perlu menunjukkan contoh yang baik demi Allah yang menjadikan kita, demi keredhaanNya, dan demi deenul Islam itu sendiri.

Man yang dikasihi, mak harap Man jelas akan matlamat ini, keredhaan Allahlah yang kita dambakan dalam apa jua tindakan kita. Mak tahu memang payah...memang susah belajar di sana... tapi itulah jihad bagi kita. Dalam hal ini, mak nak ingatkan jagalah hati dan fikiran serta tindakan kita. Utamakan solat pada waktunya. Walaupun Man sibuk kuliah,usahakan supaya dapat berjemaah di surau kampus. Jangan tinggalkan zikir Al-Mathurat setiap pagi dan sentiasa bertadabbur al-Quran.

Ingatlah ibadah yang sahih merupakan syarat untuk kejayaan kehidupan manusia, kita tak boleh meringan-ringankan soal ibadah. Hati yang sentiasa dekat dengan Allah dan sentiasa berzikir dan mengingatinya akan diberi rahmat dan keberkatanNya. Jadi apa yang kita usahakan selama ini, kita pulangkan kepada Nya untuk memberikan kepada kita natijahnya. Allah sayangkan pemuda-pemuda. Mustaffa Mahsyur menyeru pemuda-pemuda dalam 'Fiqh Dakwah' kerana mereka adalah aset yang tinggi nilainya bagi meninggikan deen ini.

Ingat tak? Seorang yang alim yang selalu sujud kepada Allah selama 500 tahun dan apabila ia mati, Allah kata kepada malaikat, masukkannya ke syurga dengan rahmatKu. Lalu orang itu melarangnya dan meminta ia dimasukkan ke syurga atas amal-amalnya. Apabila malaikat mengiranya..tak cukup untuk melayakkan ia masuk syurga kerana jika dikira nilai amal manusia dengan anugerah Allah yang beri kepada kita sangat besar. Sujud 500 tahun tidak cukup membayar nilai sepasang mata untuk melihat. Jadi orang alim itu pun menyesal dan memohon pada Allah supaya masukkan ia ke syurga dengan rahmatNya.

What I've Learnt Today??

"I've learned that no matter what happens, or how bad its seems today, life does go on, and it will be better tomorrow".

"I've learned that regardless of your relationship with your parents, you'll miss them when they're gone from your life"."I've learned that making a living is not the same thing as making a life".

"I've learned that life sometimes give u a second chance".

"I've learned that u shouldn't go through life with a catcher's mitt on both hands; u need to be able to throw some things back".

"I've learned that whenever I decide something with an open heart, I usually make the right decision".

"I've learned that even when I have pains, I don't have to be one"." I've learned that everyday u should reach out and touch someone".

"People luve a warm hug, or just a friendly pat of the back."

"I've learned that I still a lot to learn". "I've learned that people will forget what u said, but people will never forget how u made them feel".

APPRECIATE THINGS AROUND YOU...THERE'S A REASON WHY ALLAH DID THAT.^-^

Saturday, December 6, 2008

Hidup terlalu singkat untuk membenci !!!


Ah!! Terlalu sukat untuk memberi maaf...bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah orang-orang bersalah itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah!! Apakah maruah ini terlalu murah untuk disorong tarik dengan harga yang rendah?? dan cukup sakit apabila mengenangkan ' musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.


Namun itu hanya bisik 'hati besarku' ...yang melantunkan rasa ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa. maafkan...lupakan...cintai...sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri...Begitu bisik hati kecil itu selalu.


Pada sebuah persimpangan rasa...tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:

" Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nescaya engkau akan mendapati musuhmu akak menjadi seolah-olah saudara ".


Wahai diri...Api jangan dilawan dengan api...nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.


Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalamam lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga dari sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali?? Oh, tidak...Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru?? Cukup sekali!!


Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Maafkan orang lain, sama seperti maafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:

" Apa yang kita berikan akan kita terima kembali".


Ah...betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit ...sakit...Tetapi apabila dilaksanakan akak terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah...indah...dan manis. Namun apabila dilakukan pasti ada kesalahan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini tersa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzir - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana sebelum syurga yang baqa'.


Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku...yang begitu sukar memaafkan?? Tuan??

TUHAN...Aku hanya hamba. Sedangkan Dia sang pencipta itu Maha Pemaaf. Maha Pengampun. Siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam?? Ya Allah...Ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang.....aku 'terlanjur' menampung kah-Mu...

Love is...
© SeKaDaR sEmPat =P - Template by Blogger Sablonlari - Font by Fontspace