Tuesday, March 24, 2009

:: mEnGaPa HaRuS bErsEdiH?? ::


Mengapa harus bersedih untuk diri sendiri?

Adakah kerana:

Cinta yg tidak berbalas?
Hasad dengki org lain?
Diri dikhianati?

Yang mana semua di atas boleh disimpulkan sbg "keinginan untuk dipenuhi".

Apakah yg kamu mahukan? Apakah kamu jangka kehidupan adalah seperti sungai mengalir menyusuri lenggok tebing2? Apakah kamu mengharap dunia ini dipenuhi oleh orang-orang yg sentiasa menghiburkan? Usahlah bermimpi. Sentiasa bersiap untuk yg kemungkinan terburuk ketika kamu sentiasa memberi yg terbaik.

Maka di sini hadir fungsi hati yg keinginannya berada diluar sempadan ruang-masa. Hati yg tidak mengharap kepada zat dunia tetapi zat yg diluar dunia. Tuhan yg kita mempercayai.

"Kepada Engkau kami sembah, dan kepada Engkau kami meminta pertolongan"

Kerana itu pembinaan hati yg bebas dari prinsip2 hidup cukup penting. Hati yg menyinari, bukan hati yg disinari. Hati yg memberi, bukan hati yg inginkan pemberian. Hati yg mencetuskan perubahan disekitarnya, bukan sebaliknya. Hati yg tidak mengharapkan untuk diulit oleh pujian manusia, hati yg tidak mampu dicacatkan oleh kebobrokan manusia.

Kerana hati kamu mampu berdiri diluar penjara dunia.

Maka senyumlah dengan kebaikan2 yg mampu kita lakukan, dan bersedihlah mengenangkan kesusahan saudara-saudara yg tidak mampu kita berikan pertolongan. Bersedihlah di depan Tuhan supaya dikuatkan akal, dijernihkan hati dan ditingkatkan keupayaan diri.

Bebaskan hati dari akal yg sentiasa berputar. Ini kerana semua masalah diciptakan oleh akal yg disalahguna. Akal yg mabuk dengan fikiran2 yg sia-sia. Prasangka-prasangka yg bebas dan nampak begitu meyakinkan, padahal ia cuma ilusi.

Sebagaimana telah subur bumi dengan hidupan yg sentiasa bertasbih kepada Allah. Hidupan yg tidak mempunyai akal yg mendesak untuk terus hidup. Bumi yg disuburkan itu kini dirosakkan oleh tangan-tangan makhluk yg berakal. Akal yg tidak mampu untuk hidup seadanya, dan tidak mampu mati seadanya.

Sahabat,

Usahlah bersedih sekiranya diri dilukai, bersedihlah jika diri tidak mampu menghalang saudara kita dilukai. Sudah tiba masa untuk kita hidup untuk orang disekitar, bukan untuk diri sendiri. Berdirilah di depan cermin dan buatlah sesuatu sebelum jasad itu bertukar menjadi karbon dioksida nanti. Hatta karbon dioksida pun berguna untuk pokok berfotosintesis.

Apa gunanya kita?

Wallahua'lam.

0 comments:

Love is...
© SeKaDaR sEmPat =P - Template by Blogger Sablonlari - Font by Fontspace