Friday, December 26, 2008

Hikmah Disebalik Kesabaran

Cobaan...cobaan...cobaan...


Ape nye yg cobaan nie..Seperti yg semua maklum, di dalam kehidupan seharian kita tidak boleh tidak lari dari sebarang masalah ataupOn situasi yg mengganggu emosi kita. Kadang-kadang ianya terjadi di luar jangkaan kita. Adakalanya perkara tu terlalu kecil...tetapi disebabkan ketidakwarasan kita di dalam mengawal emOsi, dari yg sekecil-kecil zarah itu pastinya akan menjadi sebesar-besar zarah...dari seciput-ciput masalah pastinya akan menjadi sebesar-besar masalah...dan jika tidak dapat dikawal pastinya akan meletus bak gunung berapi yg sedang membara memuntahkan larva-larvanya dan pastinya sedikit sebanyak cebisan-cebisan haba itu akan terkena jua pada sekitarnya...


Seperti aku...hari semalam adalah kenangan bagiku, manakala hari ini adalah kenyataan yg mesti ku lalui. Begitulah kehidupan seharian ku, sepanjang hari-hari yg ku lalui samaada sesudah, sedang dan yg bakal menjelang pasti ada mehnahnya, suka dukanya, cabarannya, halangannya n cObaannya...


Ku cOretkan sedikit catatan untuk ku kOngsi bersama kalian...tiada kaitan antara yg hidup ataupOn yg sudah meninggal dunia..mungkin ade sdikit sebanyak tentang diri ini...dan yg selebihnya hanyalah seladar ditOkOk tambah...yg baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan.

..::..


Pagi ni aku bangun dengan penuh semangat. Memandangkan kelas seharian. Diri perlu ku persiapkn lebih awal. Kelas full!! Dari pagi sampai ke petang. Hanya beralaskan perut dengan sekeping roti bersama gibnah (keju) berjenama president. Mungkin itu sahaja makanan yg sempat ku jamah sebagai pengikat perut menanti tibanya waktu mkn di sebelah petang pula. Aku pasrah...

Lokasi:


Markaz DpMi


-12.15p.m





Selesai sOlat zuhur...Aku masih di tikar sejadah, letih...lapar pOn ada...tp diri tetap bersyukur kerana masih diberikan nikmat iman dan islam. Ya Rabb...!!

Fikiranku melayang terkenang jauh akan tragis smalam. Diantara aku dan teman. Ku akui segala yg terjadi di luar jangkaanku. Maafkan aku...ku harap ada hikmah disebalik yg berlaku, kerna bila Allah mengakatan jadi, maka jadilah ia...huhhh...aku mengeluh kecil. Maafkan aku Ya Rabb!!


-2.00p.m-

Ggrrrrrrrr.....!!! Perutku sudah pOn berbunyi. "Sabar-sabar...tgh kelas nie. Bg tumpuan, awal lagi. BelOm mase makan daa...". Pujuk hati kecil.

-4.00p.m-

Kriuuukk...krieekk...!!! Wah..tak bOleh tahan nie. Die buat hal lagi. Nasi..firOh masywie..tOkmiah..yum yum!!

" Ya Allah berilah kesabaran kepadaku di dalam menahan kelaparan yg teramat ini, kerna di sana masih ramai lagi yg lebih bernasib malang dariku ".


..::..


-4.15p.m-

HurRreYy!!! Merdeka!!! Pantas kasut kusarungkan ke kaki. Ku atur tapak sebesar langkah. Keaadan sekeliling tak ku hiraukan kerna setiap langkahku membawa harapan yg begitu sarat demi membanteras kelaparan...


" Ya Allah Ya Malizi!!, ta'all !! ta'all !! " satu suara berteriak lantang.

Aduhai...dh padat macam sardin pOn masih ade hati nk plawe aku lagi ker..??


" As-safirOh?? "


" Aiwah!! Tanpa berfikir panjang kaki ku langkah masuk ke dalam tramkO (van). Ahh!! Tak kisah lah kene bersesak-sesak pOn. Asal aku dapat sampai cepat ke destinasi. Huhhu...

" 'Ala ganbi lau samah!! " teriakku...


Wacaaaa!!!!! Satu lOmpatan yg agak menakjubkan. Agak luar biase nampaknya. Sehingga dlm tak ku sedar beberapa pasang mata terpaku memerhatikanku menerusi ruang-ruang syubbak(tingkap) dari dlm tramkO itu. Hik..hik...aku hanya tersenyum nakal ke arah mereka.

Langkah demi langkahku seterusnya bagaikan terkena tamparan angin ribut yg menderu kuat barangkali dek tiupan dari lautan maditerranian...Begitu pantas sekali.


" Huhh!! penatnye..." terasa penat mungkin ditambah dengan kilOan lemak di tubuhku yg semakin menjadi-jadi di musim sejuk begini.


Ku susuri langkah menerusi ke setiap pelusuk, ceruk, dan juga lOrOng-lOrOng...agak zahmah (sesak). Di situlah laluan harianku, dan disitu jugalah aku pasti laluan harian bagi pejalan-pejalan kaki untuk berulang alik dari As-safirOh ke MandarOh.


" Alamak!! Ape nie?? " kesilapanku yg keberapa kali agaknya...terlalu khusyuk di jalanan sampaikan terpijak najis himar pOn tak ku sedar. " Geramnye!! ".


Kuteruskan perjalanan sambil mulutku terkumat-kamit menyalahkan himar yg sentiasa membuang najis merata-rata sedangkan ia adalah seekor binatang yg tak dikurniakan akal seperti aku.


Langkah kakiku terhenti lagi bagaikan disambar sesuatu. Agak berat untuk kuteruskan langkah apabila sepasang mata memerhatikan aku, nun jauh dari satu sudut...
Faqqah (duit kecil) ku hulurkan, bukan untuk sebungkus tisu tetapi ikhlas dari sudut hatiku lantaran rasa insaf dan simpati yg membuak-buak. Bersyukur kerana aku masih gagah di sini.


Seikhlas senyuman ku lemparkan...!! Tiada apa yg kuharapkan. Sekadar termampu tuk meringankan beban.


"Allahu baarik ya benti!!" "Najahti fil imtihan!!"

"BarOkallahu fikk..insyaAllah.." balasku sekadar sempat.


Terpancar wajah penuh kesyukuran beserta sekuntum senyuman yg mekar bak mawar terukir di raut wajah tua itu...sambil bibirnya penuh dengan puji-pujian kepada Allah...terasa sebak di dadaku...sayu...


Lokasi:

Imarah JohOr Iskandariah

-4.35p.m-

Dalam tak ku sedar perjalanan yg biasanya singkat, kini memakan masa hampir 20minit lamanya. Semuanya mungkin angkara sifat ketidaksabaran aku.

"Ya Allah!! Kunci rumah tertinggal pulak...macammane nk buke pintu nie." Perut terasa semakin berkerOncOng mengikut rentaknya.


Setelah sehabis suara ku lOntarkan, agak-agak cukup untuk seimarah jOhOr itu ku dengarkan...satu panahan kunci dari atas tepat sampai ke genggamanku.

"Yess!! Dapat jugak akhirnya!! Haha..."


Kunci ku pulas dengan penuh kesabaran. Terasa sedikit lega...skali lagi langkah ku susun menyusuri anak-anak tangga menuju ke daur thani (tingkat 2). Masih terserlah keayuanku sebagai seorang bergelar perempuan.










" Ya Allah...laparnya perut nie...Dieorg masak ape agaknya harini ya??. Akulah semestinya Org yg akan menghabiskan kesemua mknn dan lauk pauk yg ada tu nanti!! Hahaha...".


Lokasi:

Syaqah 2

(my roOm)

"Assalamualaikummm....!!"


BelOm sempat kaki melangkah masuk satu suara menyapaku dari dalam.

"Mesti akak tgh lapar kan??, dukacitanya dimaklumkan gas rumah kita habis. So, dieOrg tumpang masak di syaqah atas. Lewat sikitlah nampaknya kita makan mlm nie...harap bersabar."


Huhhh!!! Bagaikan dipatah-patahkn setiap sendi tulangku, dirObek-rObek hatiku, keguguran jantungku...luluh segala harapanku sepantas kata-kata itu menusuk masuk tepat ke gegendang telingaku...

" Ya Allah..."

Itu sahaja perkataan yg termampu keluar dari bibirku...



Lokasi:

Dapur


Cukup dululah dengan segelas air susu juhainah dan sedikit makanan ringan dOritOs mengisi ruang-ruang kOsOng di perutku.

Fikiranku jauh mengelamun mengenangkan musibah demi musibah yg menimpaku kebelakangan ini.


Pang!!
"Ya Allah!!, Pecah??"

Cawan yg ku pegang sejak dari tadi pantas terlepas dari tanganku lantaran kelalaianku melayan lamunan yg singgah sebentar tadi. Sudah malang ditimpa tangga...Bagaimana pecah berderainya cawan kesayangan ku itu, begitu jualah retak dan berkecainya hatiku waktu tue...

Sedihh...Tuhan sahaja yg tahu...


Lokasi:

Atas katil

-11.45p.m-


Aku menyandar di kepala katil. Nafas ku tarik dalam-dalam...terasa sedikit segar stelah memberikan gas-gas Oksigen memasuki sekitar ruang di Otakku. Astaghfirullahal'Azim...astaghfirullahal'Azim...astaghfirullahal'Azim...


Aku tersenyum sendiri...senyuman yg membawa sjuta makna. Hanya aku sahaja yg tahu. Ku muhasabah diri saban hari dan kucOretkan sedikit ke dlm buku diariku sebagai catatan sejarah hidupku sebelum aku pergi lebih jauh ke alam fantasi...


" Ya Allah,
Begitu besarnya dugaan dan cabaran yg kau berikan kepadaku...Hari ini sahaja aku hampir melupakanMu. Melupakan kebesaranMu...

Maafkan aku Ya Allah...


Aku sedar, aku di dicampakkan di bumimu ini sebagai seOrang musafir...yg hanya singgah sebentar untuk mencari khazanah yg diamanahkan kepadaku...Diriku tiada tempat bergantung melainkan kepadaMu...

Maafkan aku Ya Allah...


Ya Allah,

Seandainya ujian ini adalah untuk mendekatkn diriku kepadamu, aku akur Ya Allah...

Kerna aku hanyalah hamba yg lemah yg sentiasa menurut segala perintahMu...

Aku pasti setiap yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya...

Maafkan aku Ya Allah..."


..::..


Ku tutup lembaran hari ini dengan penuh pengertian...Akan ku lalui hari-hari seterusnya dengan lebih keyakinan dan keimanan...Dalam tak ku sedar manik-manik jernih keguguran membasahi pipiku...Ya Rabb...Maafkan aku...












0 comments:

Love is...
© SeKaDaR sEmPat =P - Template by Blogger Sablonlari - Font by Fontspace